Huawei dilihat dalam persediaan hadir dengan peranti boleh lipat clamshell baharu melalui Pocket 2. Ia dijadualkan berlangsung di China pada 22 Februari 2024. Namun masih belum jelas mengenai rekaan dan perkakasan dalaman peranti buat masa ini.

Terdapat jangkaan awal mengatakan rekaan peranti ini berpotensi sama seperti beberapa model terdahulu iaitu Huawei P50 Pocket dan Pocket S. Namun boleh diberi peningkatan melalui penggunaan sistem tri kamera yang juga dimuatkan di dalam dua bonggol kamera lebih besar.

Selain itu peranti turut boleh disediakan dalam tiga pilihan warna yang termasuk ungu. Diikuti juga pemproses Kirin 9000s dan bateri dengan pengecasan pantas 66W. Lebih banyak butiran boleh didedahkan menjelang pelancaran rasmi ini. Untuk rekod peranti P50 Pocket juga sedia dijual di Malaysia sebelum ini dengan harga permulaan RM5,999 (8/256GB).