Cari @ Amanz

ZTE Melancarkan Peranti Lipat Pertama Mereka Libero Flip

Link Copied!

ZTE juga sudah memasuki era peranti lipat dengan pelancaran ZTE Libero Flip hari ini. Ia dilengkapi skrin 6.9″ boleh-lipat dan skrin berbentuk bulat 1.43″ di bahagian luar. Cip Snapdragon 7 Gen 1 dipadankan pula dengan memori 6GB RAM, storan 128GB dan bateri berkapasiti 4310 mAh yang menyokong pengecasan 33W.

Kamera utama di belakang terdiri daripada lensa sudut lebar 50MP dan sensor kedalaman 2MP. Sementara itu kamera swafoto pula sebesar 16MP di bahagian dalam. Skrin luaran berbentuk bulat menyokong paparan pelbagai aplikasi dan widget yang berguna. Peranti juga menyokong rangkaian 5G serta WiFi 6. Sistem operasi masih lagi berasaskan Android 13. Tubuh peranti pula melepasi piawaian IPX2.

Pratempahan telah dibuka di Jepun dengan ia hanya ditawarkan menerusi syarikat telekomunikasi Y! Mobile. Di Jepun peranti boleh dibeli pada harga 63,000 yen (~RM2010) sebuah dalam warna putih, biru dan emas. Dari segi rekaan ZTE Libero Flip mirip dengan rekaan Tecno Phantom V Flip.


Komen ()