Melaka Sasar Mempunyai 350 Pengecas Kereta Elektrik Menjelang 2025
February 19, 2024
Automotif
Aman
Kerajaan negeri Melaka kini menyatakan hasrat untuk mempunyai sekitar 350 titik pengecasan kereta elektrik di negeri tersebut menjelang 2025 kelak. Pada hari ini, terdapat sekitar 118 titik pengecasan kereta elektrk di 40 lokasi sekitar Melaka.
Langkah ini sekaligus akan mengalakkan lagi penggunaan kenderaan rendah karbon di negeri tersebut, dan menjadikan negeri berkenaan lebih hijau dan mesra alam.
Titik pengecasan elektrik juga sering kali menarik minat pengunjung yang mempunyai kenderaan elektrik untuk berkunjung seketika ke negeri berkenaan. Ini secara tidak langsung dijangka meningkatkan pendapatan pelancongan negeri tersebut, serta ekonomi setempat.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.