Carian
Kaspersky – 74,000 Serangan Siber Sehari Di Malaysia Sepanjang 2023
February 20, 2024 Effi Saharudin

Berita hanya semalam ialah kumpulan penggodam R00TK1t mendakwa mereka berjaya menggodam pangkalan data LPPKN dan PADU sebesar 27TB. Sekiranya kerajaan tidak mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa data pengguna telah digodam, mereka akan meniriskan maklumat ini ke arena web. Sehingga kini LPPKN dan SKMM belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai dakwaan R00Tk1T. Hanya PADU sahaja menafikan laporan pangkalan data mereka berjaya ditembus.

Namun begitu hakikatnya serangan penggodam di Malaysia ialah realiti harian. Kasperky hari ini mengeluarkan data bahawa di Malaysia terdapat 26,854,304 serangan siber menerusi web sepanjang 2023. Ini bersamaan 74,000 serangan setiap hari atau 1 serangan setiap 0.8 saat. Pada waktu yang sama Kaspersky mengesan dan mematahkan 22,000,000 percubaan jangkitan perisian hasad sepanjang 2023 atau bersamaan 60,000 setiap hari.

Walaupun serangan siber menerusi web berkurangan tahun lalu berbanding lebih 37 juta pada tahun 2022, kecanggihan serta sumber serangan meningkat. Secara keseluruhan jumlah serangan menerusi web berkurangan tahun demi tahun berbanding lebih 61 juta pada tahun 2021.

Komen