Carian
Apple Memberi Amaran Supaya Tidak Keringkan iPhone Yang Basah Menggunakan Beras
February 20, 2024 Aman

Menjadi kebiasaan ramai untuk menyimpan telefon yang basah di dalam bekas beras dalam usaha mengeringkan peranti sebelum menggunakannya. Kini, menyedari ramai menggunakan kaedah berkenaan, Apple mengeluarkan amaran kepada pengguna iPhone, supaya tidak melakukan perkara berkenaan.

Apple menyatakan beras mungkin boleh memasuki rongga pada iPhone, dan membuatkan kerosakkan pada peranti berkenaan. Disamping itu, Apple turut mengatakan jangan menggunakan pemanas atau memasukkan kain dan sebagainya pada ruangan rongga dalam usaha mengeringkan iPhone yang basah.

Sebaliknya, Apple menasihatkan pengguna untuk menggoncangkan atau mengetuk iPhone pada tangan dengan ruangan port pengecas menghadap ke bawah (untuk keluarkan cecair), dan seterusnya meninggalkan iPhone di tempat kering dengan aliran udara sekurang-kurangnya 30 minit.

Selepas itu, pengguna boleh cuba mengecas iPhone. Sekiranya terdapat amaran yang diperlihatkan, maka anda dinasihatkan untuk meninggalkan telefon ditempat kering dengan aliran udara untuk sekitar sehari sebelum cuba kembali.

Komen