Xiaomi telah menjadualkan sebuah acara pelancaran produk baharu di China pada 22 Februari 2024, dan salah satu daripanya ialah tablet Pad 6S Pro 12.4″. Penambahbaikan juga akan dibuat oleh Xiaomi dalam menjadikan tablet ini releven dengan keperluan semasa.


Dalam poster rasmi diperlihatkan tablet 12.4-inci ini boleh mempunyai rekaan yang serupa dengan beberapa model terdahulu. Turut disokong ialah aksesori tambahan seperti papan kekunci fizikal dan stylus untuk pengalaman bekerja lebih baik. Seterusnya skrin pula sejenis LCD 3K dengan kadar segar semula 144Hz yang boleh menjadi modal menarik lain. Diikuti juga cip Snapdragon 8 Gen 2, memori 16GB RAM dan storan 1TB untuk tunjang utama.


Kapasiti bateri masih belum didedahkan namun sah menyokong pengecasan 120W. Di samping turut menawarkan sistem operasi HyperOS dan sambungan Wi-Fi-7. Tablet ini dijangka boleh memasuki pasaran global seiring dengan siri Xiaomi 14 memandangkan tarikh pelancaran MWC 2024 semakin hampir