Cari @ Amanz

Dua aksesori audio Sony Pulse Explore dan Pulse Elite akan mula dijual di Malaysia pada 8 Mac depan. Penantian akhirnya akan berakhir sejak kedua-duanya diumumkan pada Ogos tahun lalu. Kedua-duanya merupakan aksesori audio nirwayar yang dikhususkan untuk konsol PS5. Pada masa sama turut dilengkapi pelbagai teknologi menarik bertujuan meningkatkan lagi pengalaman mendengar sewaktu bermain.

Bagi yang berminat harga jualan fon telinga PlayStation Pulse Elite ialah RM699 dan fon kepala Playstation Pulse Explore pula pada harga RM999. Turut disertakan dengan setiap pembelian tersebut adalah PlayStation Link USB Adapter, namun masih boleh didapati secara berasingan pada harga RM119 seunit.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd