Signal, salah satu aplikasi permesejan dengan fokus terhadap privasi dan sekuriti, hari ini mengumumkan pengenalan sokongan nama pengguna – sekaligus melindungi nombor telefon daripada dipaparkan kepada umum.

Dengan langkah ini, ia sekaligus lebih melindungi maklumat pengguna daripada diketahui ramai. Signal masih akan memaparkan nombor telefon kepada mereka yang sedia menyimpan nombor telefon anda di telefon atau buku alamat mereka.
Penggunaan nama pengguna turut membolehkan anda berkongsi maklumat permesejan di Signal tanpa perlu memberikan nombor telefon anda kepada siapa-siapa.
Ciri baharu ini pada peringkat beta, dan akan diperkenalkan kepada semua secara berperingkat. Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun dan mencuba Signal hari ini pada peranti mudah-alih anda.