Cari @ Amanz

Windows 11 Moment 5 Membenarkan Pengguna Membuang Bar Carian Bing

Link Copied!

Tahun ini, Microsoft dijangka akan membawa perubahan besar kepada sistem operasi Windows. Versi baharu kelak akan memfokuskan kepada kecerdasan buatan generatif iaitu Copilot. Microsoft ingin Copilot diintegrasikan secara lebih mendalam seperti turut boleh mencari fail dan dokumen dari File Explorer. Sementara menantikan kemas kini ini, Windows 11 Moment 5 akan diedarkan dalam masa terdekat.

Dalam cubaan saya pada Windows Insider, ciri ini berfungsi dengan lancar.

Perkara pertama yang membuatkan saya teruja adalah Copilot tidak lagi akan membuka tetingkap kecil di sisi sebaliknya akan ditindih di atas tetingkap lain untuk pengurusan ruang yang lebih cermat. Kemudian adalah susun atur tetingkap melalui Snap, yang mana Windows akan mencadangkan aplikasi mana berada di bahagian mana agar. Ini akan menjimatkan masa pengguna serta lebih efisien untuk multi-tugasan.

Contoh Copilot Preview, tetapi masih belum ditindih di atas tetingkap lain dalam cubaan saya.

Seterusnya adalah tangkapan layar yang dilakukan pada telefon pintar akan menghantar notifikasi ke komputer Windows, jika ditekan aplikasi Snipping Tool akan terus dibuka untuk pengguna sunting. Perkara yang saya suka tetapi kecewa kerana terhad kepada pengguna Eropah sahaja adalah, Windows kini membenarkan pengguna membuang widget berita dan juga buang terus bar carian Bing pada Taskbar.

Bar carian Bing yang menjengkelkan.

Kemas kini ini buat masa ini masih di dalam saluran Windows Insider dan belum diedarkan kepada pengguna versi stabil. Walaupun ia adalah kemas kini yang kecil, ia adalah satu kemas kini yang penuh dengan ciri dan fungsi bermanfaat.


Komen ()