WhatsApp sehingga hari ini masih meneruskan usaha mereka memastikan perkhidmatan pemesejan mereka adalah antara yang paling selamat. Pelbagai ciri dan fungsi telah diperkenalkan mereka untuk melindungi data dan privasi pengguna. Terbaru, WhatsApp sedang menguji ciri menghalang pengguna menangkap layar gambar profil seseorang.

Bagi yang sudah terlupa, beberapa tahun lepas WhatsApp pernah membenarkan pengguna memuat turun gambar profil pengguna lain. Ciri ini dimatikan kerana ramai mengadu gambar mereka tersebar. Tetapi tangkapan layar masih boleh dilakukan. Ciri baharu ini akan mempunyai amaran tidak boleh menangkap layar seperti pada View Once. Dengan ciri ini, privasi pengguna akan lebih terlindung kerana gambar mereka tidak boleh disebarkan tanpa kebenaran.
Ciri ini masih lagi dalam peringkat beta, tetapi tidak pasti bila ia akan diedarkan kepada umum. Sama-sama kita nantikan.