Cari @ Amanz

Kerajaan Indonesia kini meluluskan perundangan baharu, yang memerlukan platform digital seperti Google, Facebook dan lain-lain untuk membayar kepada penerbit berita untuk menggunakan kandungan. Indonesia menyatakan langkah ini akan menyeragamkan industri media dan juga syarikat teknologi gergasi.

Perundangan ini akan mengambil masa sehingga 6 bulan sebelum ia dikuat-kuasakan sepenuhnya.

Google di Indonesia menyatakan mereka akan menilai perundangan berkenaan sebelum berkongsi lanjut. Pihak Facebook masih tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan pelaksanaan ini buat masa ini.

Sebelum ini, terdapat beberapa syarikat teknologi yang tidak gemarkan perundangan sebegitu, dan memilih untuk membuang ciri berkaitan berita pada penawaran mereka di beberapa buah negara yang menguatkuasakan perundangan sebegitu. Ia tidak diketahui sama ada Google dan Facebook akan bersetuju untuk membayar di Indonesia, atau sebaliknya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd