Carian
Garmin Forerunner 165 Dilancarkan – Skrin AMOLED, GPS Dan Bateri 11 Hari
February 21, 2024 Amy Maizuraa

Garmin Forerunner 165 dilancarkan secara rasmi sebagai seutas jam tangan GPS mampu milik. Ia dibangunkan khusus buat semua pelari, sama ada pemula atau veteran dengan pelbagai fungsi kecergasan. Selain disediakan dalam dua pilhan model iaitu Standard dan Music.

Kedua-duanya dilihat berkongsi sebahagian besar fungsi yang sama. Namun kelebihan disediakan pada versi Music yang mempunyai sokongan storan dan WiFi. Tubuh diperbuat daripada bahan berbeza yang termasuk kaca pada muka jam dan polimer bertetulang gentian untuk bezel. Lima butang kawalan pada sisi tubuh juga direka semula bertujuan memudahkan penggunaan.

Skrin AMOLED bewarna yang digunakan sebesar 1.2″ dengan resolusi 390 x 390 piksel. Turut disertakan sensor kesihatan dan kecergasan standard seperti pemantauan jantung, waktu tidur, tekanan serta oksigen dalam darah. Terdapat juga GPS terbina yang amat berguna untuk aktiviti luar, di samping sokongan latihan turut boleh disesuaikan untuk pengalaman lebih fleksibel.

Baterinya pula boleh beroperasi sehingga 11 hari dalam mod jam tangan pintar, dan meningkat 20 hari dengan mod penjimatan. Kawalan lebih pelbagai boleh diakses melalui penggunaan bersama aplikasi Garmin Connect. Forerunner 165 dijual dengan harga permulaan $249.99 (~RM1,197) (standard) dan $299.99 (~RM1,437) (Music).

Komen