Carian
Kehadiran ASUS Zenfone 11 Ultra Diacah Secara Rasmi
February 21, 2024 Amy Maizuraa

Kehadiran ASUS Zenfone 11 Ultra disahkan secara rasmi melalui ciapan terkini di Twitter. Ia dijadualkan berlangsung pada 14 Mac 2024 di tiga negara berbeza iaitu Taipei, Berlin dan New York. Pada masa sama laman web rasmi juga diterbitkan yang menunjukkan sebahagian tumpuan utama peranti ini.

Sebanyak empat fokus utama diperlihatkan dengan dua daripada berkaitan dengan sistem kamera. Melaluinya peranti boleh dilengkapi fungsi potrait dan penstabilan video serba baharu untuk pengalaman fotografi lebih menyeronokkan. Selain itu, skrin besar juga boleh digunakan yang menjadikannya sinonim dengan nama Ultra. Ketahanan jangka hayat bateri yang panjang juga boleh diharapkan pada peranti.

ASUS Zenfone 11 Ultra akan mempunyai panel hadapan berlubang di tengah namun masih belum jelas pula mengenai rekaan lain. Kita boleh mengharapkan lebih banyak imej promosi boleh dikongsikan dalam masa terdekat.

  • ASUS
Komen