Pos Malaysia kini memaklumkan kepada pengguna yang mana mereka sedang melakukan proses naik-taraf sistem sementara. Ini sekaligus membawa kepada sedikit kekangan dalam penggunaan perkhidmatan web.
Menurut Pos Malaysia, proses naik-taraf ini membawa kepada kelewatan sementara dalam mengemaskini penjejakkan penghantaran barangan kepada pengguna.
Pos Malaysia menyatakan mereka dalam usaha untuk mengurangkan impak berkenaan kepada pengguna – terutamanya yang aktif menggunakan khidmat penjejakkan penghantaran.