Cari @ Amanz

Salah satu komputer riba produktiviti kegemaran saya, ASUS ExpertBook B1 baru-baru ini telah menerima kemaskini, dan kini ia akhirnya sudah ditawarkan di pasaran tempatan dengan nama ASUS ExpertBook B1 (B1402).

Komputer riba ini tampil dengan paparan skrin TN NanoEdge 14 inci dengan resolusi Full HD dan kadar segar semula 60Hz. Komputer riba yang serba padat ini juga dimuatkan dengan sejumlah palam seperti USB 3.2 Type-C, USB 3.2 Type-A, palam HDMI 1.4 dan palam LAN RJ-45.

Komputer riba ini dikuasakan oleh pilihan cip pemprosesan Intel Core i7-1355U ataupun Intel Core i5-1335U dan juga memori DDR4 dari 8GB sehinggalah ke 40GB sekiranya dimahukan. Ia juga dipadankan dengan storan SSD PCIe bersaiz 512GB.

ASUS ExpertBook B1 terbaru ini juga dimuatkan dengan bateri 42Wh yang membolehkan komputer riba ini untuk beroperasi dengan bateri sepanjang hari tanpa masalah. Dengan berat 1.46kg sahaja, ia juga mudah dibawa kemana-mana dan membolehkan anda melakukan tugasan yang diperlukan dengan cepat dan mudah.

ASUS Malaysia mengatakan bahawa ASUS ExpertBook B1 (B1402) ini sudahpun mula dijual melalui pengedar rasmi mereka pada harga permulaan RM3699.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd