X atau dulu dikenali sebagai Twitter, sedia mengintegrasikan sokongan perbualan berasaskan kecerdasan buatan pada platform mereka, dinamakan Grok. Grok dibangunkan oleh xAI, iaitu satu lagi syarikat dibawah Elon Musk memfokuskan kecerdasan buatan.
Terbaru, hadir desas-desus mengatakan X kini dalam perbincangan bersama MidJourney dalam usaha memudahkan lagi penghasilan kandungan pada platform sosial berkenaan. Sekiranya diintegrasikan terus pada X, ia akan membolehkan orang ramai menjana gambar atau imej terus melalui platform X, dan tidak perlu menggunakan Discord untuk penggunaan MidJourney.
Apa pun, buat masa ini, ia sekadar desas-desus awal sahaja, dan tidak diketahui lagi sama ada kerjasama ini akan berhasil atau sebaliknya.