Penyulitan hujung-ke-hujung memastikan sebarang mesej yang dihantar akan mempunyai penyulitan membuatkan ia tidak boleh dibaca sekiranya dipintas. Tetapi terdapat pelbagai perisian intipan komersial serta yang digunakan badan perisikan negara yang didakwa boleh mematahkan sistem penyulitan semasa. Apple hari ini mengumumkan protokol kriptografi PQ3 baharu untuk iMesssage.

Menurut Apple PQ3 ialah sistem yang paling selamat digunakan pada perkhidmatan pesemejan dengan ia melepasi piawaian keselamatan tahap 3. PQ3 ialah protokol kriptografi pasca kuantum yang menyukarkan ia untuk dinyahsulit walaupun menggunakan komputer kuantum. Ini adalah seakan sistem penyulitan yang digunakan oleh Identiti Digital Nasional.
PQ3 akan diberikan kepada iMessage menerusi kemas kini iOS 17.4, iPadOS 17.4, macOS 14.4, dan watchOS 10.4 pada bulan depan.