Cari @ Amanz

Meta kini mengesahkan mereka sedang melakukan ujian yang membolehkan para pengguna melakukan perkongsian sama di Facebook ke Threads. Dengan langkah ini, ia membolehkan pengguna melakukan perkongsian yang sama ke angka pengguna lebih tinggi berbanding hanya berkongsi di Facebook sahaja.

Untuk tujuan ini, sebuah butang khas disediakan di Facebook yang membolehkan pengguna turut menerbitkan perkongsian sama di Threads. Ini juga secara tidak langsung dijangka akan meningkatkan kadar perkongsian di Threads berbanding hari ini.

Gambar Melalui Techcrunch

Threads sebelum ini sedia diperkenalkan dalam memudahkan pengguna melakukan perkongsian teks ringkas – sebagai alternatif kepada Twitter. Sejak pengenalannya, ramai pengguna yang meminati Threads, dan ada yang aktif menggunakannya setiap hari – mencapai ratusan juta pengguna.

Buat masa ini, ciri perkongsian dari Facebook ke Threads diuji dikalangan segelintir kecil pengguna. Sekiranya semua berjalan lancar, tidak mustahil kita melihat ciri ini diperkenalkan lebih meluas kepada semua.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd