Cari @ Amanz

Qualcomm telah pun menggunakan format nama baharu untuk cip pemprosesan mereka. Kini cip-cip baharu tidak lagi menggunakan tiga digit (Snapdragon 888), sebaliknya menggunakan format Snapdragon X Gen X. Tetapi baru-baru ini, nama cip mereka kembali mengelirukan kerana ada pula nama Snapdragon 7s Gen 2, Snapdragon 8 Gen 2 Leading Edition atau juga Snapdragon 8 Gen 3 For Galaxy. Digital Chat Station melaporkan yang akan datang, Qualcomm mungkin hadir dengan Snapdragon 8s Gen 3 pula.

Cip ini dikatakan menggunakan konfigurasi 1x Cortex-X4 3.01GHz + 4x Cortex-A720 2.61GHz + 3x Cortec-A520 1.84GHz yang dipadankan dengan GPU Adreno 735. Apa yang aneh dengan cip ini adalah spesifikasinya yang lebih lemah berbanding Snapdragon 8 Gen 3 biasa. Ini bermakna, Snapdragon 8s Gen 3 mungkin berada di antara 8 Gen 2 3 dan 8 Gen 2 Leading Version.

Buat masa masih tiada butiran mengenai pengeluar mana akan menggunakan cip ini pada peranti mereka. Terdapat beberapa informasi menyatakan realme dan iQoo sedang membangunkan peranti baharu dengan cip Snapdragon yang belum diumumkan. Mungkin 8s Gen 3 ini akan menjadi pilihan. Apa kata anda?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd