Carian
FoodPanda Beroperasi Seperti Biasa – Perbincangan Untuk Menjualnya Ditamatkan
February 22, 2024 Aman

Delivery Hero kini mengumumkan mereka telah menamatkan dan membatalkan pelbagai perbincangan melibatkan jualan perniagaan FoodPanda di beberapa pasaran, termasuk Malaysia, Singapura, Filipina, Thailand, Kemboja, Myanmar dan Laos.

Sebelum ini, Delivery Hero menyasarkan perbincangan jualan akan membuahkan hasil yang baik – namun ia dilihat tidak mencapai kata setuju untuk terma jualan antara kedua-dua pihak, penjual dan pembeli.

Pada masa yang sama, perniagaan di rantau Asia Tenggara ini dijangka akan memperlihatkan pertumbuhan yang sihat untuk FoodPanda, dan mungkin membawa kepada keuntungan. Delivery Hero juga menyatakan mereka masih terbuka untuk sebarang peluang kerjasama dan juga penjualan.

Komen