Carian
Samsung Galaxy Fit3 Dilancarkan – Skrin Lebih Besar Dan Bateri 13 Hari
February 22, 2024 Amy Maizuraa

Penjejak kesihatan Samsung Galaxy Fit3 dilancarkan secara rasminya sebentar tadi. Kali ini dilihat lebih menarik dengan rekabentuk berimej segar bersama teknologi pemantauan kesihatan canggih. Selain masih menjadi seutas penjejak kesihatan yang boleh digunakan dengan selesa sepanjang waktu.

Tubuh Samsung Galaxy Fit3 diperbuat daripada aluminium, sementara itu tali pula sejenis silikon lembut. Paparan AMOLED 1.6-inci digunakan lebih besar berbanding generasi sebelum namun dikatakan masih ringan bertujuan menjadikannya sesuai untuk kegunaan harian sepanjang hari.

Sensor disediakan boleh memantau pelbagai fungsi seperti degupan jantung, pola waktu tidur, tahap tekanan dan aktiviti sukan. Sokongan GPS juga disediakan yang amatlah berguna untuk penjejakan lokasi lebih tepat. Diikuti juga ciri keselamatan lain seperti Fall Detection dan Emergensy SOS untuk pelindungan lebih baik.

Bateri digunakan boleh bertahan sehingga 13 hari, pada masa sama melepasi IP68 yang menjadikannya kalis habuk dan air. Penggunaan bersama aplikasi Samsung Health juga disarankan untuk kawalan lebih baik. Walaupun bagaimanapun tiada harga jualan dikongsikan setakat ini.

Komen