Carian
Samsung Galaxy AI Akan Diberikan Kepada Siri Galaxy S23, S23 FE, Z Fold5, Z Flip5 Dan Siri Tab S9 Bermula Mac
February 22, 2024 Effi Saharudin

Samsung mula memberikan kemas kini One UI 6.1 yang membawakan ciri Galaxy AI kepada peranti siri Samsung Galaxy S23, S23 FE, Z Fold5, Z Flip5 dan siri Tab S9 bermula bulan depan. Kesemua tablet di bawah siri Galaxy Tab S9 disokong kecuali Tab S9 FE yang dilengkapi cip pemproses yang kurang berkuasa. Ciri-ciri Galaxy AI yang diberikan adalah seperti di bawah.

  1. Chat Assist  
  2. Live Translate
  3. Interpreter
  4. Circle to Search with Google
  5. Note Assist
  6. Browsing Assist
  7. Transcript Assist 
  8. Generative Edit
  9.  Edit Suggestion
  10. Instant Slow-mo

Seperti pada siri Galaxy S24, ciri Galaxy AI pada kesemua peranti di atas akan hanya disokong secara percuma sehingga penghujung 2025. Ketika artikel ini ditulis, kami masih belum menerima kemas kini OneUI 6.1 pada Galaxy S23 Ultra dan Z Fold5 di makmal Amanz.

Komen