Cari @ Amanz

Inisiatif Make in India berjaya mendapatkan sokongan satu lagi pengeluar peranti utama dunia dengan Google mengumumkan mereka akan mengilangkan Pixel 8 di negara tersebut tahun lalu. Peranti yang dikilangkan di India akan dipasarkan ke India dan juga pasaran global. Hari ini menurut laporan Nikkei Asia, pengeluaran Pixel 8 dan Pixel 8 Pro kedua-duanya akan bermula di India seawal Q2 2024.

Sebelum ini kesemua peranti Pixel dikilangkan di China dan Vietnam. Sebelum ini Google dijangka akan hanya mengeluarkan Pixel 8 di India. Pixel 8 Pro akan dikilangkan terlebih dahulu di utara India dan kemudiannya Pixel 8 dikilangkan di selatan India. Rakan pengilangan Google masih lagi misteri tetapi sebelum ini Foxconn dan Dixon Technologies dipercayai dua yang akan dipilih.

Sejak program Make in India diperkenalkan, India mula menjadi salah satu hab pengeluaran peranti oleh Apple, dan Samsung. Menerusi pelbagai insentif oleh kerajaan, India ingin menjadi antara hab pengeluar teknologi tinggi dunia pada waktu yang sama meningkatkan jumlah tenaga pakar di kalangan anak watan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd