Carian
Google Dilaporkan Melesenkan Kandungan Reddit Untuk Melatih AI
February 22, 2024 Aman

Baru-baru ini, telah hadir laporan yang mana Reddit menjana pendapatan dengan melesenkan kandungan untuk melatih kecerdasan buatan. Kini, melalui Reuters, ia dilaporkan pihak yang melesenkan kandungan Reddit adalah Google.

Ia dikatakan Google membayar $60 juta setahun untuk melesenkan kandungan Reddit dan menggunakannya dalam melatih kecerdasan buatan mereka. Walaubagaimanapun, pihak Google dan Reddit tidak mengeluarkan sebarang komen rasmi berkaitan hal ini.

Reddit sebelum ini telah mula mengenakan caj untuk akses API, sekaligus membawa kepada spekulasi pelesenan kandungan. Dengan langkah ini, kita juga mungkin melihat Reddit turut melesenkan kandungan kepada pihak-pihak lain, sekaligus terus meningkatkan pendapatan mereka.

Komen