Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) kini menyatakan mereka akan melakukan kajian dalam usaha mewujudkan politeknik dengan fokus khusus terhadap program kecerdasan buatan.
Langkah ini dilihat selari dengan permintaan terhadap industri kecerdasan buatan yang meningkat dari hari ke hari.
Pada hari ini, UTeM (Universiti Teknikal Malaysia Melaka) bersama-sama dengan UTM (Universiti Teknologi Malaysia) sedang membangunkan Pusat Pengajian Kecerdasan Buatan di Malaysia. Kedua-dua universiti dijangka akan bekerjasama untuk pembangunan ini.
Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan pengenalan politeknik khusus memfokuskan kecerdasan buatan tidak lama lagi.