Peranti boleh lipat clamshell baharu Huawei Pocket 2 dilancarkan secara rasmi pada hari ini. Penambahbaikan menarik diberikan dalam menjadikannya relevan dalam era moden yang kompleks ini. Tubuh dilihat menyerupai Huawei Pocket S yang asal, namun binaan engsel telah direka semula dengan bahan keluli khas.

Skrin juga lebih tahan lasak melalui sokongan kaca Kunlun generasi kedua. Apabila dibuka skrin adalah sebesar 6.94-inci LTPO OLED dengan kadar segar semula 120Hz dan bernisbah aspek 21:9. Sementara itu skrin sekunder pula bersaiz 1.15-inci OLED yang menyokong resolusi 340 x 340 piksel dan ketumpatan piksel 295 PPI.

Seterusnya cip Kirin 9000S, memori 12GB RAM dan storan sehingga 512 digunakan sebagai tunjang utama. Konfigurasi kameranya pula terdiri dengan 50MP (utama) dengan OIS + 12MP (sudut ultra lebar) + 8MP (telefoto) + 2MP (Hyperspectral).

Difahamkan bahawa sensor 2MP tersebut menggunakan sistem pengimejan Hyperspectral yang dikatakan mampu memberi input lebih terperinci. Selain juga berupaya mengukur penyerapan cahaya UV untuk pelindungan yang lebih sewaktu di luar.

Peranti juga mempunyai kemampuan melakukan komunikasi satelit secara dua hala dalam pelbagai situasi. Kemudian bateri 4250mAh disertakan pula menyokong pengecasan berwayar 66W dan nirwayar 40W. Peranti turut menjalankan perisian terkini HarmonyOS 4.0 dan melepasi penarafan kalis air IPX8.
Harga jualan peranti adalah seperti di bawah :
- RMB 7499 (~RM4,974) (256GB)
- RMB 7,999 (~RM5,306) (512GB)
- RMB 8,999 (~RM5,969) (1TB)
- RMB 10,999 (~RM7,296) (Art Custom Edition)