Tablet baharu Xiaomi Pad 6S Pro dilancarkan secara rasminya di China dan diberi peningkatan menarik yang boleh menjadikannya ideal untuk kegunaan harian yang baik. Tubuh tablet dilihat serupa dengan beberapa model sedia ada, kemudian turut boleh disambungkan dengan aksesori tambahan seperti papan kekunci dan stylus.

Skrin adalah sebesar 12.4″ yang menyokong resolusi 3K dan kadar segar semula 144Hz. Diikuti juga dengan cip Snapdragon 8 Gen 2, memori 16GB RAM dan storan sehingga 1TB digunakan untuk tunjang utama. Tablet juga mempunyai kamera utama 50MP + 2MP dan swafoto sebesar 20MP.

Turut disertakan ialah bateri 10,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 120W. Dalam masa sama didatangkan dengan perisian terkini HyperOS dan sambungan WiFi 7. Xiaomi Pad 6S Pro dijual di China pada harga seperti di bawah :
- RMB 3,599 (~RM2,387) (12/256GB)
- RMB 3,999 (~RM2,652) (16GB/1TB)