Siri Redmi Book Pro turut telah dikemaskini semalam. Dua model yang dilancarkan Redmi Book Pro 14 2024 dan Redmi Book Pro 16 2024 kedua-duanya dilengkapi cip pemproses Intel Core Ultra yang menyokong ciri AI terbina pada PC.

Redmi Book Pro 14 2024 dilengkapi skrin 14″ dengan resolusi 1800 x 2,880 pixel dengan nisbah 16:10 dan kadar segar semula 120Hz. Skrin ini dipadankan dengan cip sehingga Intel Core Ultra 7 155H, memori sehingga 32GB RAM dan storan 1TB SSD. Tiada kad grafik diskrit sebaliknya ia sekadar grafik terbina Intel Xe. Bateri yang disertakan sebesar 80Wh dengan pengecas 100W GaN untuk pengecasan pantas. Keseluruhan tubuh setebal 15.9mm dan seberat 1.46 kg.

Redmi Book Pro 16 2024 pula dilengkapi skrin 16″ dengan resolusi 1920 x 3072 pixel dengan nisbah 16:10 dan kadar segar semula 120Hz. Skrin juga dipadankan dengan cip sehingga Intel Core Ultra 7 155H, memori 32GB RAM dan storan 1TB SSD. sekali lagi tiada kad grafik diskrit sebaliknya ia sekadar grafik terbina Intel Xe tetapi model ini dilengkapi sistem penyejuk yang lebih baik.
Bateri yang disertakan sebesar 99Wh dengan pengecas 140W GaN untuk pengecasan pantas. Keseluruhan tubuh setebal 15.9mm dan seberat 1.88 kg.

Pilihan I/O pada kedua-dua model ialah 1x Thunderbolt 4, 1x USB-C, 2x USB-A 3.2 Gen1, HDMI 2.1 dan bicu audio 3.5mm. Kedua-duanya menggunakan sistem operasi Windows 11 dan menyokong WiFi 6.
Harga jualan Redmi Book Pro 14 2024 bermula daripada RMB 5000 (~RM3320) sebuah manakala Redmi Book Pro 16 2024 bermula daripada RMB 6000 (~RM3984) sebuah.