Carian
Windows Photos Menerima Ciri Memadam Elemen Gambar Menggunakan AI
February 23, 2024 Effi Saharudin

Microsoft menambah satu lagi ciri kecerdasan buatan (AI) generatif ke sistem operasi Windows mereka. Kali ini aplikasi Windows Photos menerima ciri Generative Erase yang boleh memadam elemen di dalam gambar dengan bantuan AI. Ini adalah mirip ciri yang sama seperti yang ditawarkan oleh Galaxy AI dan juga Adobe Photoshop.

Untuk memadam gambar, pengguna hanya perlu memilih elemen yang yang ingin dibuang dan ia akan dilakukan secara automatik. Turut diumumkan ialah kesemua ciri AI generatif membuang latar belakang, mengaburkan latar belakang dan Generative Erase akan turut diberikan pada peranti Windows 10 dan Arm64.

Kemas kini untuk aplikasi Photos dengan ciri baharu ini telah mula diberikan kepada pengguna  Windows Insider terlebih dahulu sebelum diberikan kepada semua dalam masa terdekat.

Komen