Carian
Samsung Galaxy Fit3 Boleh Didapati Di Malaysia Pada RM299
February 23, 2024 Amy Maizuraa

Samsung Galaxy Fit3 sudah boleh didapati di Malaysia bermula hari ini. Ia dijual pada harga RM299 seutas dengan tiga pilihan warna iaitu Gray, Silver dan Pink Gold. Diskaun 30% juga disediakan sehingga 30 April 2024 untuk pembelian Galaxy Fit3 bersama peranti Galaxy terpilih.

Samsung Galaxy Fit3 dilengkapi skrin AMOLED 1.6″ bersama tubuh sejenis aluminium. Sensor disediakan boleh memantau pelbagai fungsi seperti degupan jantung, pola waktu tidur, tahap tekanan dan aktiviti sukan. Terdapat juga sokongan GPS terbina yang amatlah berguna untuk penjejakan lokasi lebih tepat.

Selain turut diberikan ciri keselamatan lain seperti Fall Detection dan Emergensy SOS untuk pelindungan lebih baik. Bateri digunakan pula boleh bertahan sehingga 13 hari, pada masa sama melepasi IP68 yang menjadikannya kalis habuk dan air.

Komen