Carian
Google Menghentikan Sementara Sokongan Menjana Gambar Orang Melalui Gemini
February 23, 2024 Aman

Google kini menghentikan sementara sokongan menjana gambar orang atau manusia melalui Gemini. Hal ini disebabkan oleh beberapa masalah yang didapati ketika penjanaan gambar manusia yang tidak dihasilkan dengan tepat.

Google menyatakan mereka menghentikan sementara dalam menambah-baik model penghasilan gambar orang dibawah Gemini. Sekiranya anda cuba untuk menghasilkan gambar orang, kini ia memaparkan mesej menyatakan sokongan tersebut sedang ditambah-baik.

Selain gambar orang, Gemini masih membenarkan penjanaan pelbagai gambar-gambar lain menggunakan sokongan kecerdasan buatan mereka.

Komen