Cari @ Amanz

Muncul keributan di beberapa media sosial yang mendakwa Google akan mematikan Gmail bermula Ogos 2024. Ini adalah tidak benar sama sekali dan adalah salah faham beberapa pengguna yang diberikan peringatan oleh Google. Yang akan dihentikan hanyalah Gmail asas HTML (Gmail basic HTML) yang menggunakan rekaan asal perkhidmatan yang dilancarkan pada tahun 2024.

Google sekadar tidak akan menyokong lagi versi ini. Pengguna akan secara automatik diubah ke versi Gmail Standard View selepas ini bagi memberikan pengalaman yang lebih konsisten dengan keperluan moden. Selama ini Gmail asas HTML dikekalkan sokongannya bagi mereka yang lebih selesa dengan antaramuka yang lebih asas atau golongan OKU pengguna perisian pembaca skrin yang hanya menyokong versi HTML

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd