Berkuat-kuasa hari ini, Touch n Go eWallet kini mengenakan caj sebanyak 1% untuk tambah-nilai menggunakan kad kredit. Dengan pengenalan ini, ia mungkin membuatkan sejumlah pengguna mengubah kaedah tambah-nilai pada dompet digital berkenaan.
Sebagai alternatif untuknya, Touch n Go eWallet menawarkan sokongan tambah-nilai menggunakan DuitNow Transfer, selain juga penggunaan kad debit. Kedua-dua kaedah ini masih kekal percuma tanpa sebarang caj tambahan.
Bagi anda yang menggunakan kaedah tambah-nilai menggunakan kad kredit, mungkin boleh semak kembali caj yang dikenakan ini serta melihat kaedah alternatif untuk lakukan tambah-nilai.