Humane melancarkan AI Pin yang merupakan antara peranti AI pertama di pasaran dengan ia dipakai terus pada baju seperti sebuah pin. Ia cuba menjual idea peranti yang tidak perlu dipegang, reaktif kepada arahan suara, memahami gestur tangan dan mempunyai projektor terbina. Menurut The Verge, Humane mengumumkan kepada pelanggan yang telah melakukan pesanan mereka akan menerima produk lebih lewat berbanding tarikh asal.
Ia hanya akan tiba ke tangan pembeli pada pertengahan bulan April bukan bulan Mac seperti yang dijanjikan. Sebagai ganti rugi, pelanggan yang melakukan pembelian AI Pin sebelum 31 Mac akan diberikan langganan perkhidmatan percuma selama tiga bulan. Selepas membeli AI Pin berharga $699, Humane mengenakan langganan $24 sebulan.
AI PIn ialah gelombang pertama peranti AI sebenar dengan OpenAI juga ingin menghasilkan produk yang sama dengan bantuan Sir Jony Ive. Di Malaysia peranti AI pertama ialah Samsung Galaxy S24. Pengeluar seperti Honor, Oppo, Vivo dan banyak lagi akan turut menawarkan telefon pintar dengan AI mereka di Malaysia dalam bulan-bulan mendatang.