Carian
Kadar Penggunaan 5G Di Malaysia Mencapai 29.9% – Melibatkan 10.07 Juta Pelanggan
February 24, 2024 Aman

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil kini berkongsi menyatakan kadar penggunaan 5G di Malaysia kini telah pun mencapai 29.9%, sekaligus memperlihatkan sekitar 10.07 juta langganan yang menggunakan perkhidmatan 5G.

Ini sekaligus memperlihatkan peningkatan yang sangat tinggi selepas menteri mengumumkan tiada lagi caj tambahan untuk penggunaan perkhidmatan 5G.

Sebelum ini, ramai yang perlu melanggan pas secara berasingan untuk mengakses rangkaian 5G – membuatkan tidak semua yang menggunakannya. Dengan pelupusan perkara berkenaan, kini lebih ramai yang mula mengakses perkhidmatan 5G melalui peranti masing-masing.

Komen