Melihat senario semasa, populariti tablet semakin meningkat. Pada masa sama turut menjadi pilihan penting untuk mereka yang menggemari alatan elektronik mudah dibawa ke mana sahaja. Tablet juga memang banyak kegunaannya yang cukup baik dan mampu memenuhi keperluan harian berbeza misalnya seperti membaca. Lebih-lebih lagi apabila semakin ramai sudah beralih dari bahan bercetak ke bacaan berbentuk digital sejajar dengan perkembangan teknologi masa kini.
Tetapi isunya disini ialah kebanyakan orang ada ketikanya akan mengalami kelesuan mata selepas membaca dan menonton drama berjam-jam di hadapan skrin. Melihat skrin digital memberi lebih tekanan berbanding cetakan tradisional, dan boleh menyebabkan kelesuan mata. Kemudiannya otot mata juga boleh terganggu akibat melihat skrin terlalu lama. Jadi sedar dan peka dengan isu ini, HUAWEI telah menghasilkan tablet yang sesuai untuk memudahkan semua melalui HUAWEI MatePad 11.5″ PaperMatte Edition.
Kelesuan Mata – Apa Puncanya?
Seperti yang dibincangkan di atas penggunaan tablet untuk keperluan asas atau khusus dilihat semakin meningkat dalam kalangan pengguna termasuk di Malaysia. Bukan sahaja untuk bekerja dan belajar, tetapi juga digunakan untuk berhibur yang menandakan peralihan ketara dalam landskap penggunaan tablet. Berbalik kepada isu fatigue (kelesuan) yang dihadapi pengguna pula, pasti ramai yang tertanya-tanya, bagaimanakah alat elektronik ini boleh membahayakan kesihatan mata kita?
Umumnya bukan rahsia lagi bahawa sinaran blue light atau cahaya biru boleh menjadi punca utama yang menjejaskan masalah mata. Tetapi tahukah anda sebenarnya tidak memberi perhatian kepada cahaya ambien juga boleh mengakibatkan hal yang sama? Cahaya ambien juga dipanggil pencahayaan umum yang memainkan peranan penting dalam memastikan kejelasan kandungan yang dipaparkan.Namun perlu diingatkan bahawa tidak memberi perhatian kepada pencahayaan ini juga boleh menambah kesan buruk untuk mata.
Ia lazimnya boleh berlaku dalam beberapa situasi seperti menggunakan tablet di tempat terang yang boleh mewujudkan masalah silau. Sementara itu digunakan pula di dalam kawasan terlalu gelap boleh menyebabkan keletihan mata disebabkan kontras yang sangat tinggi. Justeru itu penyelesaian menarik nampaknya telah diwujudkan HUAWEI bagi mengatasi segala permasalahan tersebut melalui tablet baharunya iaitu HUAWEI MatePad 11.5″ PaperMatte Edition.
Skrin Anti Silau Melindungi Mata
Jika ingin dibandingkan tablet ini dengan tablet skrin biasa, sudah pastinya terdapat banyak perbezaan. Di sini HUAWEI menggunakan skrin papermatte dengan teknologi Nano-Level Anti-Glare Etching sebagai medium utama yang mempunyai banyak kelebihannya. Ia membolehkan tablet ini mempunyai skrin dengan tekstur yang kasar sambil mengurangkan risiko licin sewaktu digunakan untuk menulis atau melukis.
Sesungguhnya amatlah selesa digunakan, malahan disyorkan supaya individu yang mencari tablet untuk melihat banyak kandungan dengan selesa boleh menggunakannya bagi mengelakkan mata cepat letih. Penggunaan lapisan ini juga amatlah membantu dalam mengurangkan silau terutamanya daripada pencahayaan secara langsung, serta gangguan pantulan cahaya pada skrin. Cara ini juga boleh bantu memperbaiki kemampuan penglihatan dan mengurangkan bahaya untuk mata.
Kemudiannya menjadikan kita boleh merasai pengalaman membaca itu seperti membaca buku sebenar, walaupun di tempat terbuka dan cahaya matahari. Situasi ini jelas berbeza dengan tablet biasa yang boleh menampakkan pantulan pada skrin apabila digunakan dalam kawasan yang terang.
Melihat sendiri keadaan sebenar, berikut disertakan gambar dua buah tablet berbeza diletakkan bersebelahan. Perbezaan boleh dilihat dengan jelas yang menunjukkan skrin matte memberi pengalaman yang lebih menyenangkan. Walaupun pantulan cahaya kecil masih kelihatan tetapi tidaklah seperti pantulan pada skrin biasa.
Jaminan Kualiti Skrin Mantap
HUAWEI berkata skrin papermatte yang digunakan memang luar biasa dengan kemampuan mengurangkan sehingga 97% gangguan cahaya semula jadi. Ini bagi memastikan apa sahaja kandungan termasuk imej dan video dapat dipaparkan dengan kecerahan yang konsisten. Seterusnya pengguna berpeluang untuk menikmati pengalaman peribadi yang tiada tandingan. Keadaan ini secara tidak langsung akan memuaskan pengguna sendiri, juga meningkatkan produktiviti dan prestasi dari segi penggunaan.
Hebat macam manapun pasti ada yang akan tertanya-tanya adakah lapisan ini akan menjejaskan kualiti sebenar? Jawapannya tidak sama sekali. Malahan skrin boleh menawarkan sensitiviti dan kejelasan yang sangat baik, di samping tahap kecerahan mencukupi untuk memastikan penglihatan yang jelas walaupun dalam persekitaran yang terang. Pada masa sama turut boleh mengurangkan jumlah pantulan cahaya serta silau, juga mengurangkan masalah kotoran cap jari pada permukaan skrin.
Dalam perkembangan berasingan, HUAWEI juga berkata ia bukanlah sebarang skrin matte biasa tetapi mempunyai pensijilan TÜV Rheinland Reflection Free Certification dan SGS Low Visual Fatigue Premium Performance Certification. Malahan HUAWEI juga mendakwa hanya tablet keluarannya yang mempunyai kedua-dua pensijilan tersebut. Kewujudannya juga boleh dianggap sebagai modal tambahan penting yang menjadikan tablet ini lebih selesa digunakan, kerana mampu membuatkan mata lebih relaks dan tidak mudah letih.
Kepelbagaian Manfaat Tertentu
Pengalaman menjadi lebih baik dengan adanya sokongan stylus yang membolehkan banyak aktiviti dilakukan dengan tablet ini. Misalnya seperti melukis, menulis atau mengambil nota penting. Apa yang pasti pengalaman menggunakan stylus pada tablet akan terasa seperti menulis di atas kertas dan menjadikannya lebih menyeronokkan. Percayalah bahawa perbezaan itu boleh dirasai, dan ianya memang pasti! Stylus ini juga seronok digunakan bersama aplikasi HUAWEI Notes terbina yang menyediakan pelbagai suntingan harian mudah yang termasuk pilihan untuk berus dan cat warna.
Pada masa sama turut dibina dengan baik dan selesa untuk dipegang sewaktu menulis. Tubuh bertekstur pusam pula memberi lebih cengkaman menjadikannya juga sesuai digunakan untuk melukis. Stylus juga mempunyai 4,096 tahap sensitiviti tekanan dan kecondongan, selain terdapatnya butang khusus yang perkara tertentu misalnya seperti beralih dengan mudah diantara berus dan pemadam.
Seterusnya ciri Take Snippet disediakan pula membolehkan tangkap layar skrin diambil digunakan secara terus melalui aplikasi yang menyokong. Bagi meningkatkan pengalaman tadi, tablet ini juga boleh disambungkan dengan papan kekunci dan tetikus melalui bluetooth.
Bekerja Tahap Professional
Perlu juga diketahui bahawa tablet ini mampu meningkatkan pengalaman kerja bertahap professional melalui fungsi PC-Level WPS Office semua dalam satu. Ia merupakan aplikasi yang boleh menawarkan ciri penggunaan yang serupa dengan Microsoft Office. Melaluinya beberapa perisian seperti Words, Excel dan PowerPoints boleh digunakan dalam tablet ini.
Bukan itu sahaja ciri lain seperti pengimbas imej dan kebolehan bertukar file antara PDF dan Dokumen juga boleh digunakan dengan dalam hanya satu aplikasi ini. Malahan apabila disambungkan ke tetikus pula membolehkan anak panah digunakan secara automatik bertujuan navigasi yang lebih mudah dan tepat.
Buat mereka yang sudah biasa dengan ekosistem HUAWEI pula, proses sambungan antara peranti menjadi mudah dengan ciri HUAWEI Super Device. Diikuti juga dengan ciri HUAWEI Superhub yang boleh memindahkan gambar atau fail dengan hanya drag dan drop sahaja. Pada masa sama tablet ini juga menyokong kebolehan multi-Windows dan Smart Sidebar untuk memudahkan proses multi-tugas.
Spesifikasi Lebih Daripada Memadai
Tidak terhenti di situ, tablet bersaiz 11.5″ ini turut menawarkan pengalaman menatal yang lancar dengan skrin 120Hz. Selain juga dilengkapi resolusi 2.5K dan DCI-P2 yang sudah tentunya mampu menawarkan visual warna lebih tajam. Kelebihan seterusnya ialah kemampuan audio berkualiti tinggi melalui empat suara terbina yang disokong oleh HUAWEI Histen 8.1. Pada masa sama perkakasannya juga lebih daripada memadai dengan sokongan cip Snapdragon 7 Gen 1,memori 8GB RAM, storan dalaman 256GB, kamera utama 13MP, kamera swafoto 8MP dan menyokong WiFi 6.
Kesimpulan
Jika anda menyukai tablet yang membolehkan anda melihat banyak kandungan dengan selesa, tablet HUAWEI ini akan menjadi pilihan yang baik untuk anda. Ia juga lebih daripada sekadar tablet kerana HUAWEI dilihat mampu menghasilkan produk yang menarik dan berkualiti. Malahan dapat digunakan untuk pelbagai tujuan bermula daripada menonton video hingga bermain permua.
Selain itu paparan papermatte sebegini juga amatlah berguna untuk mencipta pengalaman terbaik berbanding skrin berkilat biasa yang mudah kotor. Skrin yang luas digabungkan dengan pembesar suara bagus juga boleh menjadi modal tambahan untuk menikmati kandungan yang menyenangkan.
Bagi yang berminat, tablet ini dijual pada harga RM1,999 dengan ketersediaan pada 1 Mac 2024 di Shopee, Lazada atau laman rasmi HUAWEI. Pembelian juga didatangkan dengan hadiah menarik sehingga RM1,147 yang termasuk HUAWEI M-Pencil (2nd generation), papan kekunci dan tetikus nirwayar secara percuma.
Penafian: Advertorial dari HUAWEI Malaysia