Cari @ Amanz

Peranti mercu baharu Honor Magic6 Pro secara rasminya memasuki pasaran global sebentar tadi. Honor dilihat mengukuhkan lagi produk baharu ini dengan inovasi lebih luas berbanding sebelum ini.

Honor Magic6 Pro dilengkapi skrin melengkung sebesar 6.8-inci dengan kadar segar semula 120Hz. Skrin juga menawarkan kecerahan mencapai 5,000nits untuk kecerahan lebih baik, di samping fungsi PWM Dimming 4,350mAh yang sepatutnya bantu melindungi mata. Turut disertakan ialah pensijilan HDR10+ dan Dolby Vision untuk penghasilan semula warna lebih bermaya.

Seterusnya cip Snapdragon 8 Gen 3, memori 12GB RAM dan storan dalaman 512GB digunakan sebagai tunjang utama. Diikuti juga sokongan RAM maya 8GB RAM yang menjadikan peranti boleh menawarkan sehinga 20GB keseluruhannya. Perisian terkini MagicOS 8.0 berasaskan Android 14 dengan model AI disertakan untuk sebilangan fungsi baharu.

Antaranya seperti Magic Portal yang membolehkan pengguna menukar dan mengakses perkhidmatan antara aplikasi dengan hanya drag dan drop sahaja. Digabungkan dengan Magic Ring, ia boleh menawarkan pengalaman yang lancar merentasi peranti berbeza termasuk tablet, komputer riba dan banyak lagi. Kemudian ciri Magic Capsules yang berfungsi seperti Dynamic Island untuk pemberitahuan asas.

Tri-kamera digunakan terdiri dengan 50MP (utama) + 50MP (sudut ultra-lebar) + 180MP (periskop telefoto) dengan OIS. Kamera telefoto ini menyokong zum optikal 3X dan digital 100X. Pelbagai ciri AI juga dinaiktaraf untuk pengalaman fotografi lebih menyeronokkan. Kamera swafoto pula sebesar 50MP + 3D ToF yang diletakkan dalam lubang kecil di skrin hadapan.

Bateri 5,600mAh digunakan juga lebih besar berbanding 5,100mAh pada Magic5 Pro sebelum ini. Ia boleh dicas secara berwayar dengan kuasa output 80W dan nirwayar 66W. Namun kepala pengecas diberikan melalui kotak pembelian menyokong sehingga 100W. Menariknya lagi bateri jenis silikon karbon ini dibangunkan oleh Honor sendiri dan dinaiktaraf dengan lebih baik. Pembesar suara stereo dengan DTS: X Ultra turut diberikan sebagai pelengkap peranti. Peranti dijual pada 1299 (~RM6,710) untuk sebuah

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd