Tenaga Nasional Berhad kini berkongsi menyatakan akan menyediakan lebih 500 titik pengecasan kenderaan elektrik menjelang tahun 2025 kelak. Langkah ini juga selari dengan sasaran kerajaan dalam langkah peralihan tenaga.
Selain menyediakan stesen pengecasan elektrik, pihak TNB turut menyasarkan untuk menggunakan kenderaan elektrik untuk operasi mereka, sebanyak 30% menjelang 2030 kelak. Ini dijangka akan melibatkan hampir lebih 1000 kenderaan dibawah mereka.

Pada hari ini, Tenaga Nasional mempunyai sekitar 127 kenderaan elektrik dibawah mereka. Peralihan ke kenderaan elektrik juga dijangka akan mengurangkan pelepasan karbon oleh operasi mereka dari tahun ke tahun.
Selain ini, TNB turut menyatakan mereka turut komited dalam membangunkan industri kenderaan elektrik, termasuk melibatkan pembangunan skil, menaja pelbagai kajian melibatkannya, selain membangunkan infrastruktur berkaitan dengannya.