Carian
Age of Empires Mobile Akan Hadir Ke Telefon Pintar Tahun Ini
February 25, 2024 Effi Saharudin

Siri permainan RTS popular Age of Empires akan tiba ke telefon pintar tahun ini. Age of Empires Mobile dibangunkan oleh Timi Studio dengan ia akan menyokong permainan solo, PVP 1 lawan 1 dan ratusan pemain serentak dalam satu peta.

Pada peringkat awal hanya empat tamadun boleh dimainkan iaitu Perancis. Rom, China dan Bizantin. Watak “hero” yang boleh dikawal pula ialah Iskandar Dzulkarnain, Barbarossa, Hammurabi, Ratu Sheba, dan Charlemagne. Bagi yang berminat anda boleh menyatakan minat menerusi laman rasmi Age of Empires Mobile sekarang. Sistem operasi yang disokong ialah Android dan iOS.

Sungguhpun kami adalah peminat siri AoE sejak dari zaman PC lagi, kami mempunyai beberapa kerisauan dengan AoE Mobile. Pertama sekali seperti yang biasa kita lihat versi permua secara lazimnya berbeza dengan versi asal. Contoh terbaik ialah Command and Conquer versi permua yang menjadi permainan “bayar untuk menang”. Keduanya ialah bagaimanakah kawalan yang kompleks siri AoE akan diterjemahkan dalam versi permua kelak? Jawapan hanya akan diketahui apabila Age of Empires Mobile dilancarkan nanti.

Komen