Carian
Xiaomi Memberi Amaran Supaya Tidak Guna Pelindung Skrin “Liquid UV” Pada Peranti Redmi
February 25, 2024 Aman

Xiaomi kini mengeluarkan amaran, memaklumkan para pengguna untuk tidak menggunakan pelindung skrin jenis “Liquid UV” pada telefon Redmi. Hal ini kerana apabila menggunakan pelindung skrin berkenaan, pelekat yang digunakan mungkin mengalir ke kekunci fizikal, port pengecas, lubang speaker dan pelindung bateri – sekaligus memberikan impak terhadap penggunaan peranti berkenaan.

Penggunaan ini secara tidak langsung juga dijangka membawa kepada beberapa masalah termasuk peranti dimulakan secara rawak, butang tidak dapat digunakan sepenuhnya, bunyi pada speaker, dan sebagainya.

Xiaomi turut menyatakan penggunaan pelindung skrin “Liquid UV” boleh membuatkan jaminan peranti terbatal, dan tidak dilindungi lagi.

Sebagai alterantif, Xiaomi mengalakkan pengguna menggunakan pelindung skrin jenis “Tempered Glass”, dan yang lain-lain yang tidak menggunakan pelekat jenis cecair.

Komen