Cari @ Amanz

Ciri Eye Tracking Automobile Control Pada Honor Magic6 Pro Boleh Mengawal Kereta

Link Copied!

Honor telah melancarkan peranti mercu baharu Magic6 Pro untuk pasaran global, dan terdapat hal yang menarik mengenainya. Di mana peranti ini didatangkan dengan ciri kecerdasan buatan baharu yang mampu menggerakkan kereta. Lebih mengujakan apabila ia boleh dilakukan dengan menggunakan pandangan mata sahaja tanpa sentuhan atau suara.

Ia dikenali sebagai Eye Tracking Automobile Control yang boleh diberikan empat arahan tertentu termasuk menghidupkan dan mematikan enjin, selain juga menggerakkan kereta ke hadapan serta belakang. Sebaik sahaja memahami konsepnya pengguna boleh mengakses kesemua kawalan tersebut dengan hanya melihat ikon spesifik pada skrin telefon Magic6 Pro.

Ia kemudiannya akan memberi tindak balas terhadap pandangan mata pengguna dan menggerakkan kenderaan tersebut dari jarak jauh. Turut difahamkan bahawa hal tersebut boleh dicapai melalui penggunaan sensor 3D terbina pada skrin hadapan peranti, seterusnya AI pula yang bantu menggerakkan kenderaan.


Komen ()