Honor Menyertakan Sokongan Model Bahasa Raya LLaMA 2 Pada Honor Magic6 Pro
Aman
Dengan kecerdasan buatan menjadi perbualan ramai pada tahun ini, Honor turut tidak ketinggalan dan kini mengumumkan penyertaan model bahasa raya LLaMA 2 secara terbina pada Honor Magic6 Pro. Untuk menjayakan perkara ini, Honor turut bekerjasama dengan pihak Qualcomm.


Melalui penyertaan model bahasa raya secara terbina pada peranti, ia sekaligus membolehkan sejumlah ciri generatif dilaksanakan terus pada peranti tanpa perlu mengakses internet. Antara perkara yang boleh digunakan adalah termasuk sokongan soal jawab, penjanaan teks, selain meringkatkan teks bacaan pada peranti.
Penyertaan model bahasa raya ini sebahagian daripada integrasi ciri berasaskan kecerdasan buatan – selain sejumlah ciri-ciri pintar, termasuk sokongan penjejakkan mata untuk mengawal kenderaan.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Honor Magic6 Pro akan memasuki pasaran tempatan.