Pada acara MWC 2024 hari ini, pihak HMD berkongsi sejumlah perancangan mereka dalam pengenalan peranti. Seperti ramai sedia maklum, HMD untuk tahun ini akan memperkenalkan telefon dengan jenama mereka tersendiri, dan antara yang terawal akan diperkenalkan adalah telefon hasil kerjasama dengan Mattel, iaitu telefon Barbie.

Info penuh berkaitan telefon ini tidak dikongsikan, tetapi ia dijangka akan diperkenalkan sekitar bulan Mei 2024. Peranti ini adalah sebuah telefon bimbit dengan akses kepada penggunaan asas, serta masa penggunaan bateri lama. Pengenalan peranti ini juga dijangka dipasarkan oleh HMD sebagai kebebasan daripada sering terikat dengan dunia digital sepanjang masa. HMD turut menyatakan ia akan hadir dengan pelbagai rekaan elemen Barbie, serta membawakan rekaan boleh-lipat.

Dengan perkongsian terbaru ini, sama-sama kita nantikan pengenalan telefon lipat Barbie oleh HMD tidak lama lagi.