Honor Pad 9 Dengan Snapdragon 6 Gen 1 Dilancarkan Secara Global
February 25, 2024
Honor
Amy Maizuraa
Honor Pad 9 turut ditawarkan secara rasmi untuk pasaran global pada hari ini. Ia merupakan tablet kelas pertengahan yang boleh dijadikan alternatif untuk kegunaan kerja harian. Harga jualan ialah €349 (~RM1,802) sebuah dengan pilihan warna Cyan Lake dan Space Gray.

Untuk spesifikasi skrin adalah TFT LCD sebesar 12.1″ dengan resolusi 2.5K (2560 x 1600 piksel) dan kecerahan puncak 500nits. Tunjang utamanya menggabungkan cip Snapdragon 6 Gen 1, memori 8GB RAM dan storan dalaman 128GB. Selain itu bateri 8300mAh juga dimuatkan dengan sokongan pengecasan 35W, diikuti dengan kamera utama 13MP utama dan 8MP untuk swafoto.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.