Cari @ Amanz

Lenovo ThinkBook 14 2-in-1 Gen 4 Dilancarkan Dengan Intel Core Ultra

Link Copied!

Di MWC Barcelona Lenovo melancarkan beberapa komputer riba baharu yang dilengkapi cip pemproses Intel Core Ultra. Salah satu yang menarik perhatian kami ialah ThinkBook 14 2-in-1 Gen 4 yang hadir dengan skrin 14″ sesentuh IPS dengan nisbah 16:10, dipadankan dengan cip Intel Core Ultra, memori sehingga 64GB RAM dan storan SSD 2TB.

Komputer riba mempunyai skrin yang boleh diputarkan 360 darjah untuk digunakan dalam mod tablet. Sepasang speaker 2W yang disertakan menyokong audio Dolby Atmos. Kamera web menyokong resolusi FHD dan turut ditawarkan dengan sokongan pemancar infra merah untuk Windows Hello. Pengimbas cap jari konvesional juga boleh digunakan jika diperlukan.

Pilihan I/O ialah 1x USB-C Thunderbolt 4,1x USB-C DisplayPort 2.1, 2x USB-A 2.0, 1x HDMI 2.1, 1x pembaca MicroSD dan bicu audio 3.5nm. Bateri 60Whr yang dibekalkan menyokong pengecasan 90W. harga masih belum diumumkan pada waktu ini.


Komen ()