Shopee sebelum ini telah memperkenalkan ciri penghantaran barangan segera di Lembah Klang. Melaluinya, pengguna boleh melakukan pembelian barangan daripada sejumlah peruncit pada laman edagang berkenaan, dan seterusnya menerima barangan dalam tempoh sekitar dua jam.

Ini sekaligus membolehkan pengguna menerima barangan pembelian lebih pantas, dan tidak perlu menantikan beberapa hari sebelum menerimanya.
Kini, ciri sama turut diperluaskan ke beberapa bandar di Johor. Antara kawasan yang diliputi adalah Johor Bahru, Kulai, Batu Pahat, dan juga Kluang.
Melalui penghantaran segera Shopee Instant Delivery ini, ia beroperasi antara pukul 9 pagi ke 9 malam setiap hari. Ia turut menyokong terhad kepada jarak 30KM antara penjual dengan pembeli, selain dihadkan kepada bungkusan seberat 10 kilogram sahaja.

Seperti biasa, ia turut hadir dengan caj khusus yang lebih mahal sedikit berbanding kebiasaan untuk penghantaran. Untuk 4 kilometer pertama, caj yang dikenakan untuk penghantaran adalah RM6, dan ia meningkat sebanyak RM1 untuk setiap kilometer seterusnya.