Cari @ Amanz

Di MWC Barcelona Lenovo telah mengemaskini komputer ThinkPad siri T14 dan T16 dengan cip yang lebih berkuasa. Lenovo ThinkPad T14 Gen 5 hadir dengan skrin 14” 2.8K OLED 120Hz, dipadankan dengan cip Intel Core Ultra serta vPro atau AMD Ryzen 8040, memori sehingga 64GB DDR5 RAM dan storan SSD 2TB PCIe Gen4x4.

Sepasang speaker yang disertakan menyokong audio Dolby. Kamera web 5MP turut ditawarkan dengan sokongan pemancar infra merah untuk Windows Hello. Pengatup fizikal yang menutup kamera diberikan bagi mereka yang mementingkan privasi. Pengimbas cap jari konvesional juga diletakkan pada butang kuasa. Papan kekunci pula mempunyai butang khas untuk mengaktifkan Windows Copilot.

Pilihan I/O ialah 2x USB-C Thunderbolt 4 (pada model Intel), 2x USB-A 3.2 Gen 1, 1x HDMI 2.1, 1x RJ45 dan bicu audio 3.5nm. Menerusi SIM, sambungan kepada rangkaian 5G boleh dilakukan dan terdapat juga sokongan WiFi 7. Bateri yang dibekalkan pula adalah berkapasiti 52.5Whr.

Lenovo ThinkPad T16 Gen 5 pula mempunyai spesifikasi yang setanding cuma skrin 16” sehingga 4K OLED, sokongan Dolbt Atmos dan bateri sehingga 86Whr. Harga jualan untuk kedua-dua model belum lagi diumumkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd