Mynic Akan Mengenakan Caj SST 8% Berkuat-kuasa 1 Mac 2024 Untuk Pembaharuan Nama Domain
February 26, 2024
Web 2.0
Aman
Mynic merupakan salah satu badan yang bertugas untuk menguruskan nama domain .MY di Malaysia. Terbaru, Mynic mengumumkan bermula 1 Mac 2024 kelak, pelbagai penggunaan produk dan perkhidmatan Mynic akan tertakluk kepada caj SST sebanyak 8%.
Ini merupakan peningkatan daripada 6% sedia ada, kepada 8% seperti yang telah diumumkan oleh kerajaan pada Belanjawan 2024 sebelum ini.
Mynic turut mengalakkan para pengguna dan pemilik nama domain untuk melakukan pembaharuan sebelum 1 Mac 2024 untuk menikmati caj SST semasa.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.