iOS merupakan sistem operasi yang dibangunkan oleh Apple, dan menguasakan telefon pintar mereka, iPhone. Terbaru, mengikut perkongsian Bloomberg, Apple dikatakan sedang meneruskan usaha dalam mengemaskini antaramuka dan rekaan iOS, sebagai sebahagian kemaskini iOS 18 tahun ini.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi apakah jenis perubahan antaramuka yang akan dibawakan, dan bagaimanakah rekaan elemennya. Namun, ia ditekankan yang mana ia tidak akan menggunakan elemen VisionOS – yang eksklusif untuk paparan ketika realiti-terimbuh sahaja.
Disamping iOS, Apple juga dikatakan akan mengemaskini antaramuka macOS, tetapi ia mungkin hanya hadir sekitar 2025 atau 2026 kelak.