Carian
Tesla Memperkenalkan 12 Pengecas Destination Charger Baru Di Pulau Pinang
February 26, 2024 Nazrin

Tesla sudahpun bertapak di Malaysia, dan dengannya, mereka juga dilihat telah mula mengembangkan penawaran sistem pengecasan Destination Charger dan Supercharger mereka ke lebih banyak lokasi.

Terkini, Tesla Malaysia baru mengumumkan bahawa mereka telah menambahkan sebanyak 12 Destination Charger baru di dua lokasi di Pulau Pinang. Ini termasuklah lapan pengecas Destination Charger di The Ship Campus di tempat letak kereta luar dan juga empat Destination Charger di All Seasons Place di tempat letak kereta dalam.

Dengan penambahan ini, Tesla Malaysia turut mengatakan bahawa negara ini kini mempunyai 37 pengecas Destination Charger (pengecasan jangka-masa lama) dan 30 pengecas Supercharger (pengecas pantas) di seluruh negara, dan mereka mempunyai pelan untuk menambah lebih banyak pengecas dalam masa terdekat ini.

Komen